Sinopsis Filem Kick
Holaaaa... Hari ni nak review pasal filem Kick pulak. Entri ni, entri yang kedua berkenaan filem Salman Khan untuk tahun ni dan yang last. Well, Salman berlakon dua movie je tahun ni. Sebenarnya movie ni merupakan remake dari filem Telugu yang juga bertajuk Kick. So, sedikit sebanyak saya yang dah tonton versi Telugu dah tahu jalan ceritanya. Hehehe.
Salman Khan sebagai Devi Lal Singh |
Jacqueline Fernandez sebagai Dr.Shaina Mehra |
Randeep Hooda sebagai Inspektor Himanshu Tyagi |
Genre: Aksi
Bahasa: Hindi
Durasi: 2 Jam 20 minit
Pengarah: Sajid Nadiadwala
Tarikh Tayangan: 25 Julai 2015
Dibintangi Oleh; Salman Khan, Jacqueline Fernandez, Randeep Hooda
Sinopsis:
Seorang penjenayah yang dikenali sebagai DeviL telah mengoncang keamanan ahli-ahli politik yang korup dan risau menjadi mangsa DeviL. Laporan polis telah dibuat walau bagaimanapun DeviL amat sukar diberkas. Identitinya juga menjadi misteri. Kredibiliti dan kerjaya Inspektor Himanshu menjadi pertaruhan.
Shaina, beliau merupakan seorang pakar psikiatri. Bertemu lelaki yang membuatkan dia mula menikmati hidup dengan cara yang unik dan tersendiri. Sentiasa berfikir di luar kotak dan suka mencabar diri demi mencari kepuasan. Bertindak mengikut kata hati dan sentiasa bergembira bagai tiada apa masalah. Suatu hari mereka memutuskan hubungan akibat ego masing-masing.
Perkahwinan Shaina dan Inspektor Himanshu diatur dan mereka bertemu atas permintaan keluarga. Bayangan masa lalu mereka menjadi topik perbicaraan pada pertemuan kali pertama. Kedua-duanya tidak tahu bahawa bayang-bayang itu sentiasa mengikuti mereka berdua. Adakah pertemuan mereka sebenarnya lebih dari perkahwinan yang diatur keluarga?
Cewahhh, saspen tak aii punya sinopsi kali ni.. hahaha. Disebabkan poster Salman pun dah bertopeng, jadi saya tambah sikit elemen misteri dengan menulis sinopsis seperti di atas. Saksikan filem ini dipawagam atau tunggu DVD keluar ya. Jangan download tauuu.. hmm.. takmo sokong piracy. Dah la tu, setakat ni je ya. Selamat menonton. Tq..papai...
Comments
Post a Comment