Review Filem Bajrangi Bhaijaan




Hello semua..Okay, entri kali ni nak update pasal filem Bajrangi Bhaijaan pulak okay..Filem ini mendapat sambutan hangat daripada peminat setia Salman Khan dan Kareena Kapoor di dalam dan juga di luar India, Filem ini juga mendapat kritikan yang baik daripada para pengkritik filem bollywood. Saya sendiri belum berkesempatan untuk menonton filem ini disebabkan kesibukan melayan tetamu sempena hari raya ini. Saya pula lupa nak book tiket awal, jadi gigit jari je la nak tengok masa opening day.He3.

Salman Khan sebagai Pawan Kumar Chaturvedi/ Bajrangi
Harshali Malhotra sebagai Shahida/Munni
Kareena Kapoor Khan sebagai Rasika



Genre: Aksi

Bahasa: Hindi

Durasi: 2 Jam 40 minit

Pengarah: Kabir Khan

Tarikh Tayangan: 17 Julai 2015

Dibintangi Oleh; Salman Khan, Kareena Kapoor Khan, Harshaali Malhotra

Sinopsis:

Filem ini mengenai Shahida a.k.a Munni yang dilakonkan oleh kanak-kanak comel yang bernama Harshali Malhotra. Shahida/Munni merupakan kanak-kanak perempuan yang berasal dari kawasan pergunungan di Pakistan. Pada suatu hari ketika bermain, dia telah terjatuh di kawasan gaung. Keadaannya yang belum boleh bercakap menyukarkan operasi mencari dan menyelamat. Gadis kecil itu juga tidak mampu meminta bantuan masih belum mampu bercakap.

Walau bagaimanapun kanak-kanak ini bernasib baik kerana terselamat dan berjaya dijumpai. Orang-orang kampung yang juga terdiri dalam kalangan ahli keluarganya telah berbincang untuk mencari jalan penyelesai supaya gadis itu boleh bercakap. Salah seorang orang tua yang juga mempunyai pengalaman mencadangkan agar gadis itu dibawa ke sebuah dargah di India untuk berdoa. ibu bapanya bersetuju dengan cadangan tersebut dan membawanya ke India.

Walau bagaimanapun semasa dalam perjalanan pulang dia telah turun dari kereta api dan telah ditinggalkan sebelum sempat dia menaiki semula kereta api tersebut . Akibat panik, dia telah menaiki sebuah kereta api lain yang menuju ke India. Secara kebetulan Munni telah terjumpa Pavan Kumar Chaturvedi ( Salman Khan ). Maka dengan itu bermula pengembaraan mereka berdua.

Cerita ini merupakan kisah kemanusiaan yang mampu mencairkan hati. Untuk mengetahui siapa Rasika dan apa yang terjadi kepada Shahida/Munni sepanjang dia di India, tontonlah Bajrangi Bhaijaan di pawagam berhampiran dan seperti biasa, pesanan saya, JANGAN DOWLOAD ya. Hentikanlah cetak rompak. Kalau masih tak berkesempatan untuk menonton belilah DVD yang original. Sekian sahaja coretan pada kali ini. papai...





Comments

Popular posts from this blog

Review Filem Talvar

Sinopsis Filem Race 3

Sinopsis Filem Kick