Review Filem Sardaar Ji
Assalamualaikum. Sat Sri Akal mitro.. okay.. filem yang saya nak review ni bertajuk Sardar Ji. Filem ini merupakan filem berbahasa Punjabi dan dibintangi oleh aktor dan penyanyi terkenal Pollywood, Diljit Dosanjh, aktress Neeru Bajwa dan Mandy Thakar.
Genre: Romantik Komedi
Durasi: 141 Minutes
Tarikh mula ditayangkan : 9 Jul 2015
Dibintangi oleh : Neeru Bajwa, Diljit Dosanjh, Mandy Thakar
Diarahkan oleh: Rohit Jugraj
Sinopsis:
Jaggi mendapati dirinya berkebolehan untuk melihat dan berkomunikasi dengan makhluk dari alam ghaib. Cerita bermula apabila sepasang pasangan punjabi yang ingin berkahwin di sebuah istana lama terkenal di kota London telah terhalang disebabkan kewujudan seorang hantu perempuan yang bengis.
Jaggi telah dipanggil dari Punjab untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Walau bagaimanapun Jaggi yang lebih suka dikenali sebagai Sardaar Ji telah jatuh hati dengan hantu perempuan yang jelita itu (Neeru Bajwa).
Bagi menyelesaikan masalah pasangan punjabi berkenaan hantu perempuan itu telah meminta Jaggi mencari pembunuhnya. Semasa menyiasat punca kematian teman wanita hantunya itu, Jaggi mendapati berlaku salah faham antara hantu berkennan dan pembunuhnya. Tontonilah sendiri filem ini dan anda pasti tidak akan kering gusi melihat telatah Jaggi yang mencuit hati.
Lagu-lagu nyanyian Diljit Dosanjh dalam filem ini juga sangat menarik. Antara lagu kegemaran saya ialah Sardaar Ji theme song, Veervaar, dan Time.
Diljit Dosanjh |
Neeru Bajwa |
Mandy Thakar |

Comments
Post a Comment