Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kita bersua kembali setelah setahun menghilang. Maklumlah tahun ini, Sultan adalah satu-satunya filem Salman Khan. Saya kurang berminat untuk menonton filem lakonan pelakon-pelakon lain. Oleh sebab saya tidak menonton filem-filem berkenaan jadi tidaklah saya menulis review. He3.. Seperti yang pembaca sedia maklum, kali ni saya nak review filem Sultan pula.
|
Salman Khan sebagai Sultan Ali Khan |
|
Anushka Sharma sebagai Sherni Aarfa |
|
Anant Vidhaat Sharma sebagai Govind |
|
Amit Sadh sebagai Aakash Oberoi |
|
Randeep Hooda sebagai Fateh Singh/Jurulatih Sultan |
|
Kumud Mishra sebagai Barkath Hussain/Bapa Aarfa / Jurulatih/Bapa Mentua Sultan |
Genre: Aksi/ Drama/ Sukan
Durasi : 2 Jam 50 Minit
Bahasa: Hindi
Dibintangi oleh: Salman Khan, Anushka Sharma, Amit Sadh
Tarikh mula ditayangkan : 6 Julai 2016
Pengarah : Ali Abbas Zaffar
Sinopsis :
Sultan merupakan seorang pemuda yang mempunyai perniagaan yang menyediakan stesen-stesen televisyen satelit. Selain itu, pemuda kampung ini juga sangat gemar bermain permainan menangkap layang-layang bersama anak-anak remaja di kawasan kejiranannya walaupun dia telah meningkat dewasa. Suatu hari semasa mengejar layang-layang dia telah terlanggar Aarfa, gadis yang berpendidikan tinggi dan bercita-cita untuk menjadi ahli gusti wanita yang terkemuka di India.
Sultan mulai gila bayang setelah bertemu gadis berkenaan. Sultan yang berkenan untuk menjadikan Aarfa isterinya, mula menyiasat latar belakang Aarfa dengan bantuan Govind. Setelah mengetahui serba sedikit mengenai Aarfa, Sultan mula berusaha keras untuk memenangi Aarfa dengan menyertai kelab gusti tempatan yang dikelolakan oleh bapa Aarfa, Barkath Hussain. Di sini bermulalah persahabatan mereka berdua.
Walau bagaimanapun terjadi satu peristiwa yang memalukan dan membakar semangat Sultan untuk menjadi atlet gusti secara sepenuh masa dan mencipta nama. Dia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya itu. Sewaktu di puncak kariernya, sekali lagi berlaku peristiwa yang menjadi punca dia berhenti secara tiba-tiba dan mengasingkan diri dari dunia gusti. Tontonlah Sultan untuk mengetahui kesudahan filem ini.
Seperti biasa pesanan saya, janganlah menyokong cetak rompak dengan mendownload filem. Tontonlah filem ini dari sumber yang asli seperti di televisyen atau DVD. Sehingga berjumpa lagi tahun hadapan untuk filem Tubelight ya. 😊
Comments
Post a Comment