Sinopsis Filem Tiger Zinda Hai
Assalamualaikum welcome to December! Tahun ini filem Tiger Zinda Hai adalah penutup filem Salman Khan. Jadi here is my short review ya. Filem ni .Story line masih lagi tentang isu paling sensitif. Cerita tentang ejen ISI Pakistan dan RAW India.
Salman Khan sebagai Tiger |
Katrina Kaif sebagai Zoya |
Girish Karnad sebagai Shenoy |
Angad Bedi sebagai Namit |
Genre: Drama/ Aksi/ Kekeluargaan
Durasi : 2 Jam 20 Minit
Bahasa: Hindi
Dibintangi oleh: Salman Khan, Katrina Kaif
Tarikh mula ditayangkan : 22 Disember 2017
Pengarah : Ali Abbas Zafar
Sinopsis :
Tiger Zinda Hai merupakan sequel filem Ek Tha Tiger yang diterbitkan pada tahun 2012 yang juga disenaraikan sebagai salah 1 filem Box Office dengan kutipan tertinggi di India. Filem ini berkisarkan tentang dua ejen dari dua buah negara yang diketahui umum berjiran dan merupakan musuh tradisi.Pakistan dan India.
Dalam filem Ek Tha Tiger kedua-dua ejen iaitu Zoya dan Tiger memutuskan untuk menghilangkan diri dan hidup bersama. Walau bagaimanapun, konflik berbangkit yang melibatkan kedua-dua negara menyebabkan khidmat mereka sebagai ejen diperlukan. Intipati sekuel Tiger Zinda Hai menekankan isu kemanusiaan di mana kumpulan ejen Pakistan dan India bekerjasama dalam satu misi untuk menyelamatkan warganegara masing-masing dari menjadi tebusan pengganas.
Diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 2014 di Tikrit, Iraq di mana seramai 46 orang jururawat ditawan dan dijadikan tebusan ISIS. Filem ini mendapat ulasan yang baik dari para pengkritik filem dan seperti filem-filem Salman Khan yang terdahulu, elemen memperkasakan isu kewanitaan dan kemanusiaan serta hubungan India dan Pakistan berjaya diharmonikan apabila kombinasi watak Tiger (India) dan Zoya (Pakistan) saling bekerjasama demi menyelesaikan misi menyelamat mereka.
Perkembangan setiap plot watak sampingan juga disusun dengan cantik, setiap satu mempunyai adegan heroic mereka yang tersendiri. Contohnya adegan Namit yang mematikan bom, adegan penyerahan bendera India oleh Azan kepada Kapten Abrar, dan adegan Karan memandu lori minyak dan merempuh masuk ke kawasan hospital. Lagu -lagu iringan dalam filem ini juga mempunyai makna yang indah seperti lagu Tera Noor nyanyian Jyoti Nooran dan Dil Diyan Gallan nyanyian Atif Aslam. Seperti biasa pesanan saya, janganlah menyokong cetak rompak dengan mendownload filem. Tontonlah filem ini dari sumber yang asli seperti di televisyen atau DVD.😊
Comments
Post a Comment